Khamis, 3 Disember 2009

Pantun...

PANTUN MALAS SEMBAHYANG
Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah
hidup senang rezeki datang melimpah,
nak dirikan sembahyang rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku sampai menangis keluar air mata
darah
Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang...
************************************************************
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?
Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....
Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Al-Quran

Al-Quran Pencetus Manusia Berfikiran Kritiswww.iluvislam.comKiriman: permata emasEditor:b_b
Al-Quran merupakan sumber segala ilmu pengetahuan. Hal terbaik yang dapat diminta daripada kitab suci ini ialah dorongannya kepada manusia supaya berfikir. Di dalam al-Quran tidak terdapat suatu hukum yang bersifat melumpuhkan akal manusia untuk memikirkan kandungn maknanya dan tiada sesuatu perkara pun yang merintangi akal untuk mencari pelbagai ilmu yang bersifat luas. Maksudnya, al-Furqan tidak melarang mereka mencari ilmu dan berfikir, asalkan masih dalam ruang lingkup kebenaran seperti kata ungkapan ‘buat apa sahaja selagi benar’, bahkan al-Quran menggesa manusia berfikir dan mencari ilmu pengetahuan. Ia menjamin cara berfikir yang sihat dan pandangan yang benar terhadap tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang diciptakanNya sebagai saranan kepada manusia agar beriman kepadaNya. Berfikir adalah suatu perkara yang amat diperlukan bagi memahami semua bentuk peringatan, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu" (Surah Saba’: 46) Apabila kita memerhatikan al-Quran dengan tinjauan untuk menyelidik, kita akan dapati bahawa sesungguhnya ia mengarahkan akal manusia untuk mempergunakan kaedah yang lengkap dalam mencari hakikat. Antara ayat-ayat al-Quran yang berkisar tentang pemikiran kritis adalah: 1)
(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memerhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (Surah al-Ghasiyah: 17) Kata soal ‘kaifa’ (bagaimana) itu menghendaki sebuah kajian dan cara untuk mengetahui hakikat sesuatu perkara. Allah SWT tidak memberi jawapan secara terang-terangan agar manusia itu bukan sekadar mengetahui sesuatu bahkan juga mengetahui bagaimana sesuatu perkara itu terjadi supaya manusia benar-benar mengenali dan meyakini sesuatu hal berlandaskan ilmu pengetahuan tentang apa yang telah diketahuinya. Dalam ayat di atas, al-Quran telah memusatkan perhatian kita sebentar tentang kejadian unta yang merupakan haiwan terdapat khususnya di negara-negara Arab sehingga pengkajiannya tidak memerlukan sesuatu objek yang sukar untuk dicari. Kita pasti akan berfikir dan mengkaji bagaimana unta dicipta berdasarkan firman Allah SWT tersebut. Hasilnya kita akan dapati bahawa istimewanya unta adalah mampu hidup selama beberapa hari tanpa air dan masih aktif di bawah terik mentari. Bonggol unta yang merupakan gumpalan lemak berfugsi menyediakan nutrient berkhasiat secara berkala semasa musim kekurangan dan kebuluran. Melalui sistem ini, ia mampu hidup selama tiga minggu tanpa setitis air ketika mengalami penyusutan 33% berat badan. Lantas, orang yang mahu berfikir akan memikirkan lagi siapakah pencipta unta yang mempunyai ciri sehebat begitu. Manusia sama sekali tidak pernah menjadikannya dan tentu sekali ia tidak terjadi dengan sendirinya. Maka, sudah pastilah pembuatnya tidak lain dan tidak bukan ialah Allah SWT Yang Maha Berkuasa. 

Sabtu, 28 November 2009

Microsort Security Essential (Free AntiVirus from Microsoft for Genuine User)

About Microsoft Security Essentials

Microsoft Security Essentials provides real-time protection for your home PC that guards against viruses, spyware, and other malicious software.

Microsoft Security Essentials is a free* download from Microsoft that is simple to install, easy to use, and always kept up to date so you can be assured your PC is protected by the latest technology. It’s easy to tell if your PC is secure — when you’re green, you’re good. It’s that simple.

Microsoft Security Essentials runs quietly and efficiently in the background so that you are free to use your Windows-based PC the way you want—without interruptions or long computer wait times.

This antivirus is more powerful than other free OR paid antivirus. There are some viruses that other antivirus can't remove it but this software is more easy to use and powerful because it is under the Microsoft. So try it now!!!

You can download it from this link.......

For XP user: http://download.microsoft.com/download/A/3/8/A38FFBF2-1122-48B4-AF60-E44F6DC28BD8/mssefullinstall-x86fre-en-us-xp.exe
For Vista&Win7 user: http://fs2.filehippo.com/7433/311247e8428e4da2be467aa8c944fae2/mssefullinstall-x86fre-en-us-vista-win7.exe

How to make money with blog

What is AdSense?

Google.com earns most of its revenue by allowing other website owners to advertise on their search result pages. All this is managed through a program they call AdWords. Now you can earn a share of the revenue that Google earns from AdWords by displaying these same text ads on your site. In other words, you're helping Google advertise and they pay you a percentage of what they earn. This program is called AdSense.
Every website owner should at least consider the program. Even if your site is just for information purposes, you can still participate and make decent money with AdSense -- or at least enough to fund your website.
So if you are one of those people that doesn't like the idea of paying for a site, this is an excellent way to earn your money back and then some.

In addition, AdSense for search is available in Indonesian and Vietnamese. These languages are not supported for AdSense for content pages.

So, what are you waiting for.... start creating your own blog.... and register google Adsense..https://www.google.com/adsense or you can just go to sign up page https://www.google.com/adsense/g-app-single-1

Khamis, 26 November 2009

hari tuu...

Salam,sorry sebab dah lama x update blog nie. Bukan apa, aku ada sedikit masalah lagipun aku dok tengah exam. Ada kawan aku kata dalam blog nie aku cakap macam orang KL (saje), jadi aku macam diri sendiri le. OK le,aku nak cerita sikit pasal aku. pada minggu lepas di sekolahku, aku ditegur oleh seorang kawan aku tentang perangai aku yang suka menyampuk. Dia kata, bila aku dok tengah cakap, hang suka menyampuk, perangai macam jin! (haram betoi) sebenarnya dah banyak kali dia tegur aku. Sekali lagi, dia tegur aku pasal perangai aku jugak yang suka ambik barang orang suka hati tanpa kebenaran. Dia kata lagi, hang nie kalau ambik barang orang lepas tu baru nak mintak,cuba hang pikir kalau orang buat macam tu, macam kena paksa bagi pinjam, rasa geram x?. nak rasa geram x pernah le sebab dok selalu buat dekat orang. Kawan aku nie dah banyak kali tegur aku, tapi aku dok selalu buat derk (kang kalau dah kena baru tau) Kalau dia serious&marah, aku buat x rasa apa. kalau orang lain, terasa gile! Aku nie bukan pandai sangat, agama pun x berapa cukup walaupun aku sekolah agama. Aku bukan famous pun kat sekolah, dia tu kira famous jugak. Aku dok selalu usik dia, tapi kesian jugak. Tapi ada rasa geram jugak, dia kata aku babi, jin, setan, terajang satgi, selamat berbahaya, dan sebagainya. Dia macam nak doa kat aku, tapi ada satu hari, dia ucapkan dekat aku ‘selamat berbahaya’, jadi sungguh! (jatuh motor) . Aku nie ada sikit rasa kecut, sebab dok selalu dok kutuk orang dari belakang. Kawan aku kata, aku nie memang pengecut, penakut, suka kutuk orang. Dulu… dia macam tu jugak, kutuk orang dalam blognya. Tapi la ni dia dah jadi berani dan otai. Kawan saya kata, lebih baik kita menerima kutukan atau teguran daripada dengar orang dok puji kita. Kita boleh tau kelemahan kita. Orang yang bijak, belajar daripada kesilapan orang lain, orang yang lagi bijak, belajar daripada kesilapan diri sendiri .Sekian kepala bapak, kepala mak, jin kalewa, babi kundur, (saya buat lawak aje) wassalam.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Hacking Dewan Eja Pro!

Salam, nie aku mahu bagitahu berita baik kepada semua!!! yang pasti (aku rasa le) pelajar universiti paling seronok+best+gilerz dengan berita yang baru nie... ha,ha,ha!. ok le, tanpa banyak beleter baca tutorial dekat bawah itu. eh kejap, mahu tahu x aku mahu bagitahu apa? nie aku nak bagitahu kalau dewan eja pro kalian(kalau ade le) sudah tamat tempoh, ataupun dengan bahasa lainnya trial version dia sudah tamat, ikut cara yang diajarkan dibawah.

Kalau nak download Dewan Eja Pro,pergi dekat link nie www.tntsb.com . Ingat, nie untuk dewan eja pro yang telah tamat tempoh 60 Hari. Tutorial dibawah ini akan menyebabkan dewan eja pro kalian di-reset-kan kepada 59 hari balik. Jadi, korang semua kena buat tutorial dekat bawah nie 59 hari sekali untuk menikmati Dewan Eja Pro yang percuma...!!! Kalau korang sume nak tahu, harga original dia adalah RM350. Mahal gile! OK le, baca dan buat praktikal!!!

Step1 (nie kalau korang x install lagi dewan eja pro) Kalau sudah install baca terus step 2
1. http://www.tntsb.com/index.php?q=DownloadTrialSoftware
2. Masukkan alamat emel, dan ikut arahan dalam tu.
3. Download dan install. Ingat! jangan sesekali cuba untuk tukar tempat asal anda install!!

Step 2 (nie untuk reset pembilang hari yang korang telah guna)
1. Download fail ni http://cid-6f213d700c327a30.skydrive.live.com/self.aspx/Ftz/winbdtok.dat dan replacekan dengan yang ada. Kat mana? kat (c:\Windows)
2. Download fail ni http://cid-6f213d700c327a30.skydrive.live.com/self.aspx/Ftz/Pendaftar.exe dan letak dekat (C:\Program Files\The Name Technology\Dewan Eja Pro) . Letak kat situ. Lepas paste dekat situ, buka fail tu. Panel Kawalan dewan Eja pro akan dibuka kelihatan selepas anda menekan Pendaftar.exe .
3. Klik pada butang daftar yang disediakan. (tengok gambar yang diberi)




4. Masukkan maklumat yang diminta
5. Tukar no siri yang sedia ada menjadi : EJA99999985
6. Klik pada butang yang bulat kat bawah no siri tu.
7. Tukar L menjadi R.
8. Tekan next dan finish!
9. Restart dewan eja pro anda
10. Korang semua akan mendapati tempoh tamat dewan eja pro kalian menjadi 59 hari balik. Jadi kalian boleh le guna balik dewan eja pro tu selama 59 hari. Jadi bila tempoh nie habis, ulang tutorial nie. Dia akan jadi 59 hari balik. Klah. Ape- ape hal (www.blog.extrablack.net) lebih baik korang semua beli yang original. Tapi kalau x mahu, buat yang macam aku ajar dekat atas tu...

Semoga Berjaya!!!

(daripada http://www.webmixed.blogspot.com)

Khamis, 24 September 2009

Pengalamanku di Hari Raya Aidilfitri

Salam, Pada 20 September 2009 bersamaan 1 Syawal 1430, semua umat islam di seluruh dunia meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran di atas kemenangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadhan yang baru berlalu. Sedih rasanya, bulan Ramadhan yang penuh berkat dan ganjaran meninggalkan kita, mungkin kita dapat bertemu lagi Ramadhan dengan izin-Nya. Nie aku cerita le sikit pengalaman aku yang dikira x boleh dilupakan juga masa 1 Syawal, lepas aku solat sunat Aidilfitri berjemaah di surau kampung aku, aku pun balik rumah beraya dengan semua keluarga aku sampai pukul 12 tengahari(duit raya dapat sikit aje). Masa pukul 1 tengahari, aku ada ajak sepupu aku pergi CC, kami pun ready dan bagitahu dekat atok kata nak keluar, atok aku ada nasihatkan supaya bawak motor elok-elok. Lepas tuh, dengan happynya kami pun keluar sepupu aku bawak motor lalu jalan yang agak 'keras'(bukan tempat tu keras,tapi jalan yg keras) masa motor yg kami laju tu bawak x berapa laju, sepupu aku teralek lalu terbabas ke tepi jalan. Motor tu jatuh dan terserek sejauh 2 meter. Aku dengan segera(dan manahan sakit) bangun mengubah motor ke tepi jalan dan menolong sepupu aku yang terbaring di bahu jalan(cewah). Teruk jugak masa tu, lutut kaki aku tersagat dan sepupu aku patah tangan, habis terkoyak baju raya kami.Nasib baik takde sape lalu jalan tu. Aku ngan sepupu aku bingung tak tahu nak buat, aku cadangkan supaya balik rumah, tapi x jadi balik sebab dekat rumah ramai orang. Kami pun pergi ke masjid utk rehat kejap dan solat zohor. Mulut aku x henti-henti meyebut istighfar, aku nie dok pikir nak cakap apa dekat mak bapak aku nanti. Lepas solat zohor, kami membuat keputusan utk balik rumah. Masa kami nak balik, ada le pakcik tu datang tengok kami, dia bukannya nak tolong tapi kutuk orang ada le kata bawak laju le, rempit le, nie le, tu le. Benda tu jadi bukannya dengan sengaja. kemudian pakcik tu diam, lepas tu blah(bahlul betul). Lepas kami balik rumah, habis kantoi satu rumah disebabkan seorang budak yang mulutnya celupar.habis kami kena marah selama 300 minit(gurau aje). Lepas tu, aku ngan sepupu dikejarkan ke hospital(pedih gile masa kena rawat). Akibatnya, aku x boleh membengkokkan lutut dan menghitung saki-baki cuti raya utk sembuh.Jadi, kepada pembaca bog nie yang mahu naik motor kenalah pandai bawak motor ataupun suruh orang yang ada lesen bawak motor.Aku pun x mahu cakap banyak sebab mahu rehat, ingat pesanan aku. Aku juga berharap raye korang gembira, jangan jadi macam aku pule! jumpa lagi, Wassalam...

Khamis, 17 September 2009

Berlalunya Ramadhan

Berlalunya sudah Ramadhan. Kini kita di dalam bulan Syawal. Apa keazaman kita? Kalau yang rajin akan berpuasa enam hari Syawal. Ops...bukan rajin saja, mahu berpuasa enam hari di Syawal nie iman kena le kuat kerana godaannya lebih hebat dari bulan Ramadhan. Tetapi pahalanya seperti sepanjang tahun berpuasa.Kalaulah kita semua boleh tengok, pegang dan belek pahala agaknya kerja lain kita akan tinggal. Tetapi apa pun itulah janji Allah swt kepada hambanya yang taat dan beriman kepadanya.Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin!

Rabu, 16 September 2009

Selamat Datang

Salam. Selamat Datang ke blog "aku". Nie le blog simple aku yang first aku buat. Insyaallah, nanti aku akan post ape-ape maklumat yang aku tahu...
contohnye, maklumat tentangi information, pengetahuan, pengalamanku, dan ape yang aku tahu lerh...aku buat blog nie pun cume mahu kongsi pengalaman dan pengetahuan dengan sesiapa aje.Aku juga try belajar buat blog dari kawan aku...jadi thank you le sape2 jengok blog nie...
Terdapat ralat dalam alat ini