Khamis, 14 Mac 2013

Tips Merancang Perjalanan (Part I)



Salam...selamat berblog dan bertemu kembali, hari ini 15 Mac 2013...yeah! dah tiga bulan aku ‘melepak’ sejak peperiksaan SPM 2012 melabuhkan tirai. Tak lama lagi, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia akan dikeluarkan secara rasmi pada 20 Mac 2013...wah! pasti semua warga lepasan SPM 2012 berasa gementar oleh sebab kami dah buat terbaik utk masa depan kami. Baiklah, merujuk tajuk di atas, saya akan memberikan cara merancang perjalan sebelum dan semasa mengembara ke tempat yang jauh khususnya di bumi Malaysia ini. Arkib ini adalah berdasarkan pengalaman saya mengembara hampir setiap tahun bukanya pendapat peribadi. Jadi, kebanyakan tempat perlancongan yang sering dilawati oleh rakyat Malaysia ialah Pulau Langkawi, Penang, Kuala Lumpur, Cameron Highland, Melaka, Terengganu&Kelantan dan Johor Bahru. Tempat ini menjadi destinasi pilihan perlancongan kerana ia memiliki permandangan yang indah dan tempat yang menarik di samping suasana yang mengasyikkan. Sebelum anda memulakan perjalanan, anda patut merangka suatu tentatif perjalanan atau journey planner...anda perlu tetapkan masa lawatan dan waktu makan serta peruntukan untuk penginapan, makan&minum, bahan api, dan barangan cenderamata serta tabung kecemasan.Selain itu, senaraikan tempat-tempat yang menarik yang boleh anda lawati semasa mengembara dan rancanglah masa perjalanan dan waktu rehat untuk menjamin keseronokan pengembaraan. Waktu rehat yang baik ialah waktu tengahari. Anda harus menyelidik dan mengenali tempat yang bakal dilawati melalui carian Internet jika anda mengembara ke destinasi tersebut buat pertama kali. Hasilnya, anda dan keluarga tidak kekok apabila berada tempat yang asing dan mudah megetahui kedudukan destinasi perlancong di samping menjimatkan masa. Anda juga harus memilih tempat penginapan dahulu sebelum tiba di destinasi bagi mengelakkan kepenatan selepas perjalanan jauh dan pembaziran masa. Anda boleh menempah bilik penginapan melalui Internet atau menghubungi pihak hotel. Ingat! pilih bilik yang sesuai dengan bajet dan kapasiti ahli keluarga anda, selalunya bilik penginapan ekonomi yang selesa boleh didapati di kawasan pantai atau kampung dan pinggir bandar. Bagi perancangan perjalanan, pastikan kenderaan anda berada dalam kondisi yang baik sama ada kebersihan kereta, keadaan tayar, isian bahan api kereta dan sebagainya. Bersihkan kenderaan anda dahulu dan letakkan wangian dalam kereta bagi megurangkan tekanan semasa perjalanan. Bawalah sedikit bekalan makanan&minuman untuk dimakan semasa berehat di tempat perhentian. Ketika memulakan perjalanan, pastikan barang keperluan seperti pakaian dan barang peribadi dibawa dan elakkan membawa barang berlebihan. Bersederhanalah dalm pengembaraan. Sebagai Muslim, kita disunatkan mengerjakan solat sunat musafir. Penggunan alat GPS atau peta amatlah diperlukan untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui. Bertanyakan arah jalan kepada penduduk tempatan mungkin menambahkan kekeliruan kepada anda. Gunakan jalan alternatif yang tidak sibuk untuk menjimatkan masa. Bagi yang ingin ke Terengganu&Kelantan, dapatkan info cuaca dan trafik dari sumber yang releven...musibah boleh berlaku bila-bila masa seperti banjir, kemalangan, dan kesesakan lalu lintas. Jalan Raya Timur-Barat iaitu laluan Baling- Grik-Jeli merupakan laluan paling mencabar dan agak merbahaya di Malaysia oleh sebab jalan bengkang-bengkok dan berbukit serta digunakan oleh kenderaan yang lebih besar. Ia adalah satu-satunya jalan yang menghubungkan negeri utara dengan negeri pantai timur. Malah. Tempat ini memberikan permandangan yang cukup indah dan suhu yang sangat nyaman. Apabila anda tiba di destinasi yang ditujui, eloklah anda merasai makanan dan budaya tempatan dengan bersinggah di pekan-pekan besar seperti Bukit Bunga, Tanah Merah, Jertih, Kota Bahru, dan K. Terengganu. Jarak dari Kedah ke Kelantan ialah 270km mengambil masa 3 jam lebih. Daftar masuklah di tempat penginapan yang anda tempah jika anda berasa penat dan luangkan masa rehat dengan tenang. Bawalah ahli keluarga anda bersiar-siar di sekitar pekan dan tempat rekreasi berdekatan serta kenali masyarakat tempatan. Bagi aktiviti beli-belah, anda perlu mengenalpasti tempat yang popular membeli barang dengan harga yang berbaloi seperti Rantau Panjang, Wakaf Che Yeh, Bukit Bunga, Jertih, dan Kota Bahru. Keluarga saya sering memilih tempat penginapan yang berdekatan dengan pantai, jadi mudahlah kami melakukan aktiviti piknik dan riadah dan tak perlu berkereta utk perge ke kawasan pantai. Bersiar-siar di pantai memang suatu aktiviti yang menyeronokan dan dapat menenangkan jiwa di samping bersama dengan masyarakat tempatan. Kawasan bandar berdekatan boleh dijadikan tempat persinggahan anda utk menikmati juadah dan budaya tempatan serta membeli-belah barang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini