Sabtu, 4 Julai 2015

Projek Landasan Berkembar Elektrik (EDTP) Ipoh - Padang Besar




Hi, entri kali ini membicarakan tentang projek landasan berkembar elektrik (PLBE) Ipoh – Padang Besar sepanjang 329 km yang baru sahaja siap dibina sepenuhnya pada Oktober 2014 dan keseluruhan prasana tersebut diserahkan kepada pihak KTMB (selaku pihak kerajaan) pada November 2014. Projek yang bernilai RM 12 billion ini diselia oleh syarikat infrastruktur gergasi negara, Gamuda dan MMC yang bergabung tenaga untuk menyiapkan projek ini dalam masa 5 tahun. Perancangan, reka bentuk, pembinaan, pentauliahan, pengoperasian projek ini diuruskan oleh Gamuda-MMC sendiri dan pakej isyarat&semboyan oleh  dan pakej elektrifikasi oleh   . Projek ini  dijangka membangunkan sektor ekonomi di wilayah terlibat yang berjajaran dengan laluan Ipoh – Padang Besar serta memajukan pengangkutan awam berasaskan rel di Malaysia selari dengan polisi kerajaan ‘Program Transformasi Kerajaaan’ untuk memajukan sektor pengangkutan awam dan sosio-ekonomi negara. Rel berkembar elektrik  yang direka untuk kelajuan maksimum 180 km/j tetapi operator menetapkan 160 km/j sebagai kelajuan operasi untuk tren elektrik baharu ‘KTM Class 93’ yang bakal dilancarkan pada September ini untuk laluan KL – Padang Besar bagi perkhidmatan ETS (Electric Train Service). Perjalanan tanpa henti KL  - Padang Besar ini hanya mengambil masa 4 jam 15 minit berbanding masa perjalanan terdahulu iaitu 12 jam. Orang ramai dijangka akan menggunakan perkhidmatan ini ketika musim perayaan dan cuti sekolah untuk perjalanan lebih selamat dan selesa. Implikasi projek ini bakal mengurangkan kadar kemalangan dan kesesakan jalan raya, memajukan pengangkutan rel, membangunkan sosioekonomi setempat serta meningkatkan sektor pelancongan negara. Pengangkutan rel sangat popular dalam kalangan pelajar dan pelancong yang inginkan kos pengangkutan yang rendah dan menjimatkan. Malaysia masih mengekalkan  spefikasi rel koloni british iaitu lebar tolok landasan ialah 1000mm berbanding tolok standard iaitu 1435mm yang biasa digunakan kebanyakan negara yang membolehkan mereka mengoperasi rel berkelajuan tinggi (HSR). Tren elektrik ‘KTM Class 93’ yang ditempah khas dari negara China, reka bentuk yang dinamik dan spefikasi tren yang bersesuaian dengan iklim dan spefikasi rel di Malaysia 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini