Mendaki Bukit Saga

 
 Bukit Saga terletak di daerah Ampang/Cheras. Berketinggian 418 meter dan masa mendaki ke puncak mengambil masa setengah jam dan sejam lebih ke Air Terjun Bukit Saga yang menjadi tempat tumpuan pendaki Bukit Saga. Bukit Saga boleh diakses daripada lebuh raya MRR2 melalui laluan ke Hospital Ampang dan Taman Cheras Perdana. Bangunan pangsapuri Saga menjadi mercu tanda sebelum pintu masuk laluan trek Bukit Saga

Kaki Bukit Saga berdekatan dengan tapak pembinanan jadi anda boleh melihat banyak jentera dan lori mengangkut tanah di situ. Anda boleh parking kereta di sepanjang jalan ke Flat Saga.

Apabila mula mendaki di pintu masuk, jangan terus ke atas, tapi belok ke kiri sebelum tapak pembinaan untuk masuk ke laluan trek utama. Selepas itu, anda akan bertemu papan tanda ke 'Trail B'. Laluan trek Bukit Saga mengelilingi bukit dan hanya satu jalan ke puncak. Perjalanan ke puncak mengambil masa setengah jam.



Puncak Bukit Saga menyediakan tempat rehat, 'water point' dan tempat beriadah. Jika anda rajin, anda boleh teruskan perdakian ke aii terjun melalui 'Trail B'


Laluan ke air terjun Bukit Saga agak mencabar kerana dirembuni akar-akar kayu dan pokok Salak yang berduri (pokok seperti kelapa sawit). Jika hari sebelumnya hujan, laluan akan menjadi basah dan berlumpur.. Kebanyakan laluan turun ke air terjun berbentuk seperti tangga dan berbatu licin, jadi anda boleh berpaut pada tali yang disediakan. Keselamatan tanggungjawab sendiri.

 

Laluan trek B agak landai kerana melalui lereng bukit tetapi banyak mendaki dan menurun apabila menghampiri kawasan air terjun.

Perjalanan dari puncak ke air terjun mengambil masa sejam. Seperti biasa tempat ini akan dipenuhi orang awam pada hujung minggu. Anda mungkin perlu beratur untuk mengambil di air terjun. Air terjun selamat diminum dan mandi-manda. Terdapat beberapa pendaki yang sukarela mengutip sampah di tempat ini setiap minggu untuk menjaga kecantikan air terjun ini.

Ulasan