Hilangnya Haruhi Suzumiya





22 Disember, cuaca amat sejuk bagaikan pencungkil ais boleh menujah ke dalam bumi. Pagi minggu yang tipikal. Aku terjaga dari bunyi loceng yang tanpa henti sambil tanganku mematikan loceng dan mataku terbuka melihat pintu cermin koridor yang diselaputi kabus sejuk waktu pagi. Aku menolak selimut yang membaluti tubuhku dari dingin sejuk pagi. Suhu di Koyoen pada bulan ini selalunya dalam 4’C, amat sejuk! Aku gagahkan diri untuk bangun setelah adik datang membangunkan aku dari tidur, ditariknya aku jatuh dari katil. “Abang,bangun !!! ibu suruh turun untuk sarapan” teriak adik. “Shami, jom makan sarapan sekali!” sebut adik pada kucing dalam dukunganya.
“Bangun!’, jerit ketua kelas.”Tunduk!” semua pelajar tunduk “Terima kasih Sensei!”, semua pelajar berterima kasih kepada Sensei “Ok baik, jumpa lagi”, balas Sensei. Aku keluar dari sambil meregangkan badan. Pelajar lain pun keluar melepak di luar bilik darjah. Cuaca agak panas sehingga Pesta Kebudayaan sebulan lalu. Sebaik sahaja tiba bulan Disember. Sugu cuaca tutun dengan mendadak. Cuaca sejuk menyelubungi seluruh kelas bagaikan musim sejuk tiba awal pada waktunya, mungkin Angin Siberia telah bertiup menyelubungi Jepun baru-baru ini, jadi tak hairanlah tahun ini musim luruh sangat singkat. Waktu sekolah dah tamat, jadi aku bergerak ke bilik kelab. Semua orang mula mengemas barang dan bergerak pulang atau menyertai aktiviti kelab. “Hi kyon. Apasal kau lemau sangat, mana darah muda kau, haha!” jerit Tsuruya-san. “Haha, Selamat Pagi Tsuruya-san”, balas aku dengan segan “Selamat Pagi, Kyon” sapa Asahina-san yang juga bersama Tsuruya san. “Asahina-san, jumpa di bilik kelab nanti ya” tegur aku pada Asahina-san. Kami berpisah dari situ dan bergerak ke destinasi masing-masing. “Oh, Koizumi!” aku menegur Koizumi yang sedang membawa kertas kerja rumah. “Awak tengah buat tugas kelas?”tanya aku. “Ya” jawab Koizumi sambil tersenyum. “Awak kelihatan seperti dalam kesusahan, ada apa masalah? ”tanya Koizumi sambil melihat riak mukaku “Haruhi amat bersemangat sejak pagi tadi ”risau aku. “ohh pasal itu kah?”koizumi bersetuju. “Koizumi, cepat sikit”, jerit rakan kelas Koizumi supaya teruskan kerja. “Oh maaf Kyon, kita sembang lain” Koizumi meminta diri.”Ok, jumpa di bilik kelab”, bagitahu aku padanya. 

Bersambung

Ulasan