Trip to Koyoen


Sebelah kiri gambar itu adalah sekolah rendah Kurakuen.Sebelah kiri adalah sekolah menengah Kita
Di sini tempat di mana Asakura menikam Kyon setelah Nagato telah menukarkan dunia menjadi normal di dalam kisah The Disappearance of Haruhi Suzumiya

Sejak saya tiba di Jepun pada March lalu, tempat yang paling saya ingin lawati ialah Koyoen dan Nishinomiya yang terletak di daerah Hyogo, Jepun. Kedua-dua tempat menjadi latar tempat bagi kisah novel ringan Haruhi Suzumiya  tulisan Nagaru Tanigawa. Kami bergerak dari stesen Umeda di bandar Osaka dengan menaiki local train Hankyu, Hankyu tourist pass yang dibeli patut digunakan semaksimumnya. Jadi tempat pertama kami melawat ialah Momofuku Ando Instant Ramen Museum di Ikeda. Dari stesen Umeda, melalui stesen Juso dan berhenti di stesen Ikeda.
Pekan Ikeda merupakan sebuah tempat kelahiran ramen segera Nissin yang popular di Jepun
Ramen segera pelbagai jenis rasa dipamerkan
Bandar Juso, Osaka
Di muzium ini, pelawat berpeluang membuat ramen senndiri dan bungkusan ramen segera mengikut kretiviti masing-masing. Hanya 300yen anda dapat menghasilkan ramen jenama sendiri. Selepas itu, kami bergerak ke Nishinomiya, menaiki tren yang sama dari stesen Ikeda menuju ke Takarazuka. Sepanjang perjalanan ke sana kami dihidangkan dengan permandangan yang indah. Ketika tren melalui sebuah tasik di kejiranan Sungai Niigawa, saya terlihat sebuah tasik yang menjadi latar tempat cerita anime tersebut. Ia tidak dirancang jadi saya berhenti di stesen Niigawa, stesen terdekat dengan tasik ini. Rasa tenang dan nyaman ketika melepak taman ini. Sambil memberi makan itik yang berenang di tepian tasik, dihurungi burung-burung merpati dan diusik oleh anjing yang comel yang juga mahu menumpang makan juga. Sempat menegur orang tempatan, sememangnya mereka sangat mesra.
Bentenike Park, terletak di sebelah stesen Niigawa. Tempat ini dimana Asahina-san dilempar jatuh ke dalam tasik dalam kisah Suzumiya Haruhi no Boso ‘Endless Eight’.
Selepas bergerak dari Niigawa, kami menuju ke Nisninomiya-Kitaguchi. stesen terminal pertukaran laluan Takarazuka dan laluan Kobe. Kami berhenti di stesen Nishinomiya-Kitaguchi untuk singgah ke pekan kecil ini. Pekan ini menjadi latar tempat Kyon dan lain-lain watak berkumpul untuk aktiviti pencarian misteri dalam kisah Suzumiya Haruhi no Yuutsu.
Nishinomiya-kitaguchi station west exit. Tempat kegiatan perniagaan

Beginilah rupa franchise KFC di Jepun. saya singgah membeli cheese pie. Ayam goreng takleh makan sebab tak halal
KFC Nishinomiya-Kitaguchi
Disebabkan masa sangat suntuk, kami gerak ke Shukugawa park untuk solat jamak. Dari stesen Nishinomiya-Kitaguchi dan tukar laluan di stesen Shukugawa dan naik tren ke arah Koyoen melalui laluan Koyo dan kami berhenti di stesen Kurakuenguchi. Taman ini terletak di sebelah stesen dan hanya berjalan kaki turun dari stesen
Shukugawa park. Tempat piknik yang popular ketika musim bunga. Tempat Kyon dan Asahina berdating dalam kisah Suzumiya Haruhi no Yuutsu.
Kami ambil peluang untuk solat di sini dan lepak sambil menikmati angin sejuk petang. Tiba-tiba ada seorang pakcik yang juga penduduk tempatan datang menegur kami. Dia bertanya apa kami tengah makan, saya cakap Cheese pie beli kat KFC. Dia terkejut kami ni datang dari Malaysia. Lalu bertanya pasal kes pembunuhan Kim Jun Nam yang menjadi berita hangat di Jepun ketika itu. Saya pun  tak menahu sangat tentang kes itu, haha. Saya jawab ‘Wakaranai kedo, sumimasen, sorewa taihen desu ne’ (Maaf saya tak berapa tahu pasa kes itu, memang agak dasyat kan?). Banyak juga perkara yang disembang, pasal Malaysia la pasal ISIS pun ada. Agak terharu bila dia bertanya sudah solat ke belum sambil menunjukkan posture sujud. Kami cakap dah solat di tepi pokok tu tadi. Dia memuji orang Malaysia ada permikiran yang bagus Sambil bersembang, beliau mempelawa kami makan nasi Kari di rumahnya memandang kami tengah mencari Kari Halal. Saya menolak sebab mengejar masa untuk bergerak ke tempat lain. Maaf Pakcik!
 
Pakcik Yamada yang kami jumpa di Shukugawa park rupanya pernah datang Malaysia dulu.
Kurakuenguchi Station, pintu masuk Shukugawa Park
Jam menunjukkan 5 petang, waktu siang musim sejuk sangat pendek. Memang kami perlu bergerak ke Kurakuen. Dari stesen Kuraenguchi dan berhenti di stesen Koyoen. Ramai juga turun di stesen ini mungkin baru balik dari tempat kerja.
Kurakoenguchi station, stesen kami turun untuk ke Shukugawa Park, tren pun lalu belakang rumah. Untuk ke Koyoen, kami turun di satu setesen selepas Kurakuenguchi ini.
Dari sini kami perlu berjalan sepanjang 2.3km untuk sampai ke Kurakuen JHS. Disebabakan keadaan geografi di sini berbukit, jadi banyak jalan cerun dan jambatan, kami berjalan melalui pejalan kaki dan merentasi kawasan perumahan dan kawasan hutan semak yang mana ia tempat khinzir berkeliaran.Setelah 30 minit baru kami tiba destinasi yang ditujui. Sekolah protagonist dalam kisah novel ringan Haruhi Suzumiya. Merasai sendiri pengalaman melawat latar tempat bagi sesebuah anime apabila suasana destinasi kami tiba sama seperti setting dalam anime. Kami menetap di sini sehingga lewat petang untuk melihat permandangan Bandar Nishinomiya waktu malam.

Ulasan