Salam, Pada 20 September 2009 bersamaan 1 Syawal 1430, semua umat islam di seluruh dunia meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran di atas kemenangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadhan yang baru berlalu. Sedih rasanya, bulan Ramadhan yang penuh berkat dan ganjaran meninggalkan kita, mungkin kita dapat bertemu lagi Ramadhan dengan izin-Nya. Nie aku cerita le sikit pengalaman aku yang dikira x boleh dilupakan juga masa 1 Syawal, lepas aku solat sunat Aidilfitri berjemaah di surau kampung aku, aku pun balik rumah beraya dengan semua keluarga aku sampai pukul 12 tengahari(duit raya dapat sikit aje). Masa pukul 1 tengahari, aku ada ajak sepupu aku pergi CC, kami pun ready dan bagitahu dekat atok kata nak keluar, atok aku ada nasihatkan supaya bawak motor elok-elok. Lepas tuh, dengan happynya kami pun keluar sepupu aku bawak motor lalu jalan yang agak 'keras'(bukan tempat tu keras,tapi jalan yg keras) masa motor yg kami laju tu bawak x berapa laju, sepupu aku teralek lalu terbabas ke tepi jalan. Motor tu jatuh dan terserek sejauh 2 meter. Aku dengan segera(dan manahan sakit) bangun mengubah motor ke tepi jalan dan menolong sepupu aku yang terbaring di bahu jalan(cewah). Teruk jugak masa tu, lutut kaki aku tersagat dan sepupu aku patah tangan, habis terkoyak baju raya kami.Nasib baik takde sape lalu jalan tu. Aku ngan sepupu aku bingung tak tahu nak buat, aku cadangkan supaya balik rumah, tapi x jadi balik sebab dekat rumah ramai orang. Kami pun pergi ke masjid utk rehat kejap dan solat zohor. Mulut aku x henti-henti meyebut istighfar, aku nie dok pikir nak cakap apa dekat mak bapak aku nanti. Lepas solat zohor, kami membuat keputusan utk balik rumah. Masa kami nak balik, ada le pakcik tu datang tengok kami, dia bukannya nak tolong tapi kutuk orang ada le kata bawak laju le, rempit le, nie le, tu le. Benda tu jadi bukannya dengan sengaja. kemudian pakcik tu diam, lepas tu blah(bahlul betul). Lepas kami balik rumah, habis kantoi satu rumah disebabkan seorang budak yang mulutnya celupar.habis kami kena marah selama 300 minit(gurau aje). Lepas tu, aku ngan sepupu dikejarkan ke hospital(pedih gile masa kena rawat). Akibatnya, aku x boleh membengkokkan lutut dan menghitung saki-baki cuti raya utk sembuh.Jadi, kepada pembaca bog nie yang mahu naik motor kenalah pandai bawak motor ataupun suruh orang yang ada lesen bawak motor.Aku pun x mahu cakap banyak sebab mahu rehat, ingat pesanan aku. Aku juga berharap raye korang gembira, jangan jadi macam aku pule! jumpa lagi, Wassalam...
memang ngeri
BalasPadam